Sabda Rasullullah saw: “Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat.” (Ad-Dailami)
Kali pertama bumi dicipta, bumi selalu bergoyang, berputar dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat menghadap Allah swt;
“Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? Tanya para malaikat
“Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.
“Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai ya Rabb?” Tanya malaikat lagi.
“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus menciptakan di berbagai belahan bumi.
Apa yang terjadi adalah sememangnya benaar setelah diciptakanNya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai pada paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah swt. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi ;
“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?” Tanya malaikat.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?” Sambung malaikat.
“Ada!, iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus.” Jawab Allah lagi.
“Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung-ganang, api, air, dan angin).?” Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku.” Demikian Allah swt menjelaskan..
*Doa adalah senjata orang mukmin yang paling hebat.. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

No comments:
Post a Comment