Thursday, 27 June 2013

Tips Mengesan Lelaki Buaya Darat aka Playboy..

Bila dengan kita, sikit-sikit tengok telefon..
Lepas tu mcg dengan orang lain la..
 Bila kita nak cek telefon, dia x bagi.. 
Kalau dia bagi pun lepas dia tengok telefon dia lama gila.. 
Bila tanya kata x ade pape..
Padahal padam mcg-mcg awek lain.. 


Kalau nak jumpa, kena buat temujanji bagai..
Macam la kita ni jumpa dengan Adun Daerah..
Kalau jumpa ikut masa yang ditetapkan oleh dia.. 
Kononnya sibuk bekerja la, padahal ada temujanji dengan awek lain..

Bila kita call ke, sms ke selalu x dapat..
 Kalau call, kadang-kadang tak angkat, kadang-kadang off.. 
Sms tak berbalas..
 Kalau dapat call pun, lepas 5 minit macam tu..
 call balik terus x dapat sebab tutup telefon..


Lelaki yang mempunyai seribu satu alasan.. 
kadang-kadang alasan x logik..
Sebagai contoh, kononnya kemalangan teruk sampai koma bagai, 
tapi lepas tu jumpa x ada kesan luka pun.. 
Bawak kereta pun ok jee.. 
Jadi bersiap sedia la jauhi orang yang macam ni..

Bila dia nak sesuatu kat kita, bukan main manis lagi ayat..
Siap bagi macam-macam lagi..
Tetapi lepas dia dah dapat apa yang dia nak..
Terus hilang entah kemana..


Ada perempuan telefon kita dan tanya "awak ni awek simpulan bin simpulan ni ke"
bila kita tanya siapa, orang tu tak cakap apa-apa..
Maknanya orang tu adalah salah satu awek buaya darat tersebut la..

P/S :: Tip berguna Okeyy.. Berdasarkan peNgaLaman. !!

Wednesday, 26 June 2013

MeNGeNaLi SeSe0Rang iTu..




Mengenali seseorang itu..
Kadangkala membuat kita ketawa,
Mengenali seseorang itu..
Kadangkala membuat kita mengalirkan air mata..
Sesungguhnya mengenali seseorang itu…
Mampu memberi sejuta rasa..



*** Marah.. ***


*** Sedih.. ***


*** Gembira.. ***

*** Sayang.. ***
                                                                    


*** Rindu.. ***
Tapi, sedarkah kita ?
Mengenali seseorang itu...
Sebenarnya adalah satu anugerah,
Biarpun hanya seketika,
&
Sekadar teman sementara..
Bersyukurlah dengan kehadirannya..
Kerana itu adalah ketentuan-Nya,
Yang pasti terselit hikmahnya....

Sunday, 23 June 2013

~~~maLaM NISfu SYaABAN~~~

assalamualaikum.....salam nisfu syaaban.


malam nie aku akan mengupas sedikit mengenai malam nisfu syaaban.....pada hari ini iaitu 23 jun 2013 adalah malam penutupan buku amalan kita yg lama dan ditukarkan kepada yg baru...moga pada buku amaln kita yang baru akan lebih baik berbanding sebelum ini.....AMIN...pada malam ini juga semua surau dan masjid di seluruh negeri telah mengadakan majlis bacaan yaasin.....RAMAI JUGOP DEKAT MASJID...maklumlah dah nk puasa dh.....tinggal beberapa hari lagi.....mesti anda semua tengah nanti2kan hari yg penuh keberkata iaitu RAMADHAN AL MUBARAK kn???...



sekian......

Saturday, 22 June 2013

~~cinTA~~~

assalamualaikum.....


hari nie aku akan mengupas mengenai cinta....APA ITU CINTA????...cinta merupakan satu anugerah yg ALLAH kurniakan kepada hambanya untuk merasai nikmat disayangi.....untuk mengukuhkan lg mengenai cinta adalah ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA BERPASANG-PASANGAN betul tak??? dan ALLAH menciptakan HAWA dari tulang rusuk ADAM..tidak hairanlah jika manusia bercinta....cinta yang kita semua harapkan adalah cinta yang mendapat keredhaanNya bukan cinta yang mendapat kemurkaanNYa....cinta tidak perlu dipaksa dan cinta juga tidak perlu diungkap malahan CINTA itu datang dgn sendirinya....



CINTA ini kadang2 menyakitkan dan CINTA ini kadang2 membuat kita bahagia....SEKIAN~~~

~~~JeReBu di DUngUn~~~

assalamualikum...

bermula besok rutin aku sebagai student akan kembali lg....kena bgun awal pagi dan pegi ke kuliah...alamak...harap2 semua berjalan dgn lncr besok..amin....semasa aku dtg dkat dungun kelihatan asap2 di awan berkemungkinan jerebu...ini membuatkan mata aku sakit2...mesti anda tertanya2 jerebu itu apa???
jerebu adalah asap yg datang dari negara jiran akibat mereka melakukan pembakaran terbuka...tahap IPU sekarang adalah sederhana....untuk mengelakkan berlakunya sesak nafas kita dinasihatkan memakai penutup muka....sekian sje coretan aku buat kali ini......

UTAMAKAN KESIHATAN ANDA!!!

Monday, 17 June 2013

~~KElaS suDAh BerMUla~~~

salam ukhwah.....

tanggal pada 23 jun depan kuliah  aku untuk semester akhir dah nk bermula....bersedialah dari segi mental untuk mengadap nota2 yg tebal2 giler....(frustnyeeeee) subject yang aku ambil pada sem ini amatlah mencabar kerana paper yg masuk final ada enam paper semuanya....(adoyaiii) tp x ape dengan adanya kawan2 dan diiringi doa ibu bapa yg tidak putus2 insyaallah aku akan buat yg terbaik demi masa depan aku pada masa akan datang..mmg tak ku sangka tak ku duga dh 3 tahun aku belajar....alhamdulillah YA ALLAH..


walaupun bermacam dugaan yang diberikan namun hambamu ini tabah dalam menghadapinya...TERIMA KASIH YA ALLAH....sekali kita gagal tak semestinya kita gagal selama-lamanya...aku dh tak sabar untuk berjumpa dengan kawan2 yang pelbagai ragam dan karenah ...tanpa kawan2 mungkin x best belajar kerana tiada penghibur..aku bersyukur mendapat kawan2 yg terbaik namun kadang2 ada juga membuatkan aku marah..heheheh ....don't worry saya maafkan.....sekian ...



TUNGGU NEXT MY POST K....


Friday, 14 June 2013






ini semua family dalam kelas DAD S2....kami bertahan sehingga DAD6 hehehe....di dalam kelas kami semua orang ibaratkan sebgai sebuah keluarga ..susah senang bersama...walaupun berlainan negeri namun kami tetap 1 hati...gambar ini diambil semasa mengadakan jamuan hari raya dekan POLITEKNIK.....kami semua akan GRADUATED pada bulan 12 nie.....INSYAALLAH>>>
k bye.....~~SALAM UKHWAH~~

~~~RAmaDhaN cOMinG~~~


seperti yang kita maklum RAMADHAN AL MUBARAK sudah hampir tiba...eeeeeeeeexcited giler nk menyambutnya...maklumlah bukan selalu setahun sekali jer..di bulan RAMADHAN semua umat manusia bekejar2 untuk mendapatkan pahala yg belipat ganda.....mcm yg anda semua tahu mercun dengan puasa tidak dapat dipisahkan...bila tibanya RAMADHAN terdengarlah letupan2 yang menghiasi kampung...anak2 kecil berrmain dgn sukarela...

tp apa yg mendukacitakan semasa di pagi raya ada yg menyambutnya dgn tangannya putus dan mcm2 lg...apa yang best di bulan PUASA ini adalah sembahyang TERAWIH...sembahyang TERAWIH di kampung saya biasanya dilakukan sebanyak 11 rakaat 8 TERAWIH dan 3 WITIR.....tp menjadi fenomena semasa TERAWIH adalah semasa di malam pertama RAMADHAN saf sembahyang penuh....dan menjelang 1 minggu terakhir sedikit sahaja orang yang datang maklumlah sibuk dengan kuih raya, baju raya dan sebagainya..

oleh itu janganlah kita mempersia-siakan RAMADHAN kali ini...kerana belum tentu kita akan hidup sampai tahun depan...banyakkan melakukan amal soleh dan sedekah..INSYAALLAH mendapat keberkatan-NYA>.amin ...~~~AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN~~


SAhaBAt ..~~~


SAhaBAt Adalah teman yg paling rapat dengan kiter.....sahabat juga adalah tempat kiter meluahkan sesuatu yang kita pendamkan dgn harapan kita akan lebih tenang...sahabat jugalah yang selalu membuat kita marah ,sedih,dan sebagainya...sahabat juga semasa kita senang semua nak berkawan dgn kita tp saat kita susah dan kita memerlukan pertolongan daripada mereka, langsung tidak ada seorang pom yang sanggup membantu kita...sahabat yang sebenarnya adalah sahabat yang susah senang bersama setiap masa...




jd ingatlah dalam memilih kawan!!!

Thursday, 13 June 2013

Renungan Seketika..

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..
Ya Allah..
Bertapa kau tahu bersyukurnya aku di atas nikmat Islam ini..
Walaupu aku sedar dosa bertimbun, amalku seciput,imanku senipis kullit bawang..
Tapi aku sangat bersyukur..
Hadirnya insan-insan beriman, sahabat-sahabat yang banyak mentarbiyah diriku seperti ini..
Melalui kata-kata, perbuatan, luahan rasanya..
Aku mengenal erti persahabatab dalam rumpun akidah islamiyyah..
Bertapa aku ingin bersahabat hingga ke syurgaMU..
Sucikan hati kami keranaMU..
Menjunjungi amanahMU atas kalimah tauhid yang satu..



Cahaya Hati..


CAHAYA HATI - OPICK

Allah engkau dekat 
penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Wednesday, 12 June 2013

Kehebatan Doa

Sabda Rasullullah saw: “Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat.” (Ad-Dailami)
Kali pertama bumi dicipta, bumi selalu bergoyang, berputar dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat menghadap Allah swt;
“Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? Tanya para malaikat
“Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.
“Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai ya Rabb?” Tanya malaikat lagi.
“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus menciptakan di berbagai belahan bumi.
Apa yang terjadi adalah sememangnya benaar setelah diciptakanNya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai pada paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah swt. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi ;
“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?” Tanya malaikat.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?” Sambung malaikat.
“Ada!, iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus.” Jawab Allah lagi.
“Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung-ganang, api, air, dan angin).?” Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku.” Demikian Allah swt menjelaskan..


*Doa adalah senjata orang mukmin yang paling hebat.. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Kisah Aku & Ibuku..

ini sambungan yang kelmarin....


yang bersama aku nie ialah my beloved mom....tanpa insan yg bernama 'IBU' mungkin aku tidak dapat mengenal erti hidup yang sebenarnya....THANKS MOM...mmmmmmmmmmmmmmuarh..
didalam keceriaan wajahnya terselit juga perasaan yg sedih....sapelah yg thu akan perasaan ibu kita kan????
semangatnya untuk membesarkan 9 beradik bukanlah satu perkara yang senang....ianya amat memerlukan kecekalan hati dalam melayani karenah anak2....ibu inilah yang selalu ada disamping aku tatkala aku memerlukannya diwaktu hatiku terasa gundah....masakan ibu aku yg aku sukai adalah "BUBUR KACANG"
mungkin kamu semua kata itu adalah makanan tapi bg aku ialah satu makan kegemaran aku sejak aku kecil...kalu nk ceritakan setahun tidak cukup mengenai ibu aku....cukuplah sekadar itu dulu yewkawan2...BYEEE!!!!

INSAN YANG TERISTIMEWA DI ATAS IALAH :

SABIDAH BINTI SALLEH

'LOVE U MOM'

Tuesday, 11 June 2013

Kisah Aku & Arwah Ayahku

Hari nie aku nk kongsikan kisah hidup aku untuk korang semua.....


first sekali nama aku MOHAMAD SHAHRIL BIN HUSSIN , aku dilahirkan di HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU pada 02 OKTOBER 1992... kikiki
bulan 10 nie genaplah usia aku 21 tahun...(tuadhakunim) hahaha...aku sekarang belajar di POLITEKNIK SULTAN MIzAN Zainal ABIDIN...


yang hensem nie arwah ayah aku....namanya HUSSIN BIN AHMAD ..aku hanya sempat merasa belaian manja dari ayah aku sampai umur aku 3 tahun..:( tp aku redha akan kepergian ayah yang tersayang ...mungkin tuhan lebih menyayangi ayah aku...hanya gambar ini saje yg ada untuk tontonan anda semua...
dulu arwah ayah aku ialah seorang peniaga....masa aku kecik2 ayah aku suka membawaku jalan2....
best apa jalan2 dengan ayah ...dulu mana ada motor yang lebih canggih melainkan motor HONDA BOON SIEW hahaha (ketawajahat) tp aku amat respect kepada HERO dalam keluarga aku....

PADA TANGGAL 15 MEI 1995 AKU TELAH KEHILANGAN SEORANG HERO DALAM KELUARGAKU......AL-FATIHAH




My Banner..


1. Awan dan pokok - Unsur semulajadi yang mendamaikan dengan warna hijau pada pokok dan putih pada awan sama seperti kehidupan katak yang lebih kepada alam semulajadi.

2. Ong gedek gedek!! - trademark bagi blog ini dan ianya sangat bermakna kerana menjadi kata kunci buat seseorang.. hehe..

3. Katak - Unsur utama dalam blog ini sebab rumah saya ada banyak katak.. hahaha :D >.< !

4. Warna-warna yang terang dan pelbagai - Menampakkan seseorang yang ceria, dan happy sama seperti tuan empunya blog.. haha.. grr :p